Paparan Halaman

Rabu, 6 Julai 2011

                           

Petanda 1
Rahsia sepasang kekasih agar dapat memiliki usia hubungan yang panjang adalah dengan adanya saling kerjasama. Kamu dan dia selalu dapat saling membantu, dalam urusan remeh atau besar. Paling penting adalah kamu berdua selalu dapat melalui segala aspek kehidupan secara bersama-sama.Dan semuanya terasa amat menyenangkan meskipun tanpa harus melibatkan orang lain. Apakah kamu sudah merasakan perkara tersebut? Jika ya,selamat... kerana ada harapan bahawa dia adalah calon pendamping hidupkamu!

Petanda 2
Salah satu kriteria yang menentukan sesuai atau tidaknya dia sebagai jodoh kamu atau bukan adalah kemampuannya bersikap bersahaja di depankamu. Cuba sekarang perhatikan, apakah gerak-gerinya, caranya berpakaian, gaya rambutnya, caranya berbicara serta tertawanya mengesankan apa adanya? Apakah setiap ucapannya selalu tampak spontan dan tidak dibuat-buat? Jika tidak, maaf kemungkinan besar dia bukan jodoh kamu!

Petanda 3
Adanya deria batiniah membuat hati kamu berdua dapat selalu saling tahu.Dan bila kamu atau si dia dapat saling membaca fikiran dan menduga reaksi serta perasaannya satu sama lainnya pada situasi tertentu.Selamat! Sebenarnya dialah destini kebahagian kamu...

Petanda 4
Bersamanya dapat membuat perasaan kamu menjadi tenang, selesa dan tanpaperasaan tertekan. Berjam-jam bersamanya, setiap waktu dan setiap haritanpa membuat kamu merasa bosan... Inilah petanda bahawa kamu berduakelak akan saling terikat.

Petanda 5
Dia selalu ada untuk kamu dalam situasi apapun. Dan dia selalu dapat
memahami situasi dalam hati kamu baik dalam suka dan duka. Percayalah pasangan yang berjodoh pasti tak takut mengalami pasang-surut, suka-duka saat bersama. Sekarang, ingat-ingat kembali. Apakah dia orang pertama yang datang memberi bantuan tatkala kamu dirundung musibah? Dia selalu faham saat emosi kamu terganggu? Dia tahu keadaan waktu anda sakit? Jika ya, tak salah lagi. Dialah orangnya...

Petanda 6
Dia tak terlalu peduli dengan masa lalu keluarga kamu, dia tak peduli dengan masa lalu kamu saat bersama kekasih terdahulu. Dia juga takmalu-malu menceritakan masa lalunya... Nah, kalau begitu ini memang berarti dia sudah siap menerima kamu apa adanya..

Petanda 7
Setiap orang pasti memiliki kekurangan, dan kamu tak malu-malu perlihatkannya pada si dia. Bahkan pada saat kamu tampil 'buruk' didepannya sekalipun, misalnya saat kamu bangun tidur atau saat kamu sakit dan tak mandi selama dua hari. Ataupun menceritakan sejujurnya kepadakamu tentang kelemahan dan kekurangannya... Nah! Kamu dan dia memangnya disuratkan untuk bersama!

Petanda 8
Bila merasa rahsia kamu bisa lebih selamat di tangannya daripada ditangan sahabat-sahabat kamu yang lain. Atau kamu merasa sudah tak dapat lagi menyimpan rahsia apapun darinya, maka berbahagialah! Kerana ini bererti pasangan sejati telah kamu temukan!Apakah kelapan petanda di atas telah kamu temukan padanya?

"Manusia Hawa diciptakan dari rusuk manusia Adam,bukan dari kepala sebagai atasan,bukan pula dari kakinya untuk dijadikan alasnya, tetapi disisnya untuk dijadikan teman hidupnya,dekat pada lengannya untuk dilindungi & dekat dihatinya untuk dicintai"

           

Rabu, 1 Jun 2011

Selalu Terjadi Dalam Dunia PERCINTAAN~!

                                          

Selalu yg terjadi.... 

CINTA 
(sebelum kahwin) 
C = cubit kiri, kanan rasa. 
I = impian indah ibarat syurga. 
N = nikah impian utama. 
T = taat setia membawa bahagia. 
A = awal dan akhir bersama-sama 


(selepas kahwin) 
C = cuka yang dituang pada luka. 
I = iblis yang merosak minda. 
N = nafsu semata-mata. 
T = tuba yang dibalas semula. 
A = api dalam neraka. 


KASIH : 
(sebelum kahwin) 
K = kongsi semua suka duka. 
A = abang adik, ayang anja. 
S = sumpah janji di bibir sentiasa. 
I = istana bahagia dah dicipta. 
H = hatiku hatimu jua. 

(selepas kahwin) 
K = kaki tangan naik kat kepala. 
A = abuk pun tara , nak makan apa?? 
S = simpati langsung tak ada. 
I = ironi membakar jiwa. 
H = hidup mati sama je. 


SAYANG : 
sebelum kahwin)
S = sikit-sikit SORRY, sikit-sikit SORRY, mengada! 
A = asal free mesti nak jumpa. 
Y = you lap me, I lap you! 
A = apa saja sanggup diduga. 
N = nak itu, nak ini... mesti dapat. 
G = gula-gula, coklat, teddy bear hadiah utama. 

(selepas kahwin) 
S = salah sikit kiamat dunia. 
A = air tak sedap, basahlah mata. 
Y = yang betul dia je. 
A = ada takde, bagi anak reti la. 
N = nak dilawan, digelar derhaka. 
G = gaduh sampai lebam. 


HATI :
 

(sebelum kahwin)
H = hanya dikau yang daku cinta. 
A = air paip pun manis macam gula. 
T = tak jumpa sehari boleh jadi gila. 
I = igauan indah tak terkira. 


(selepas kahwin) 
H = hantu jembalang lagi sempurna. 
A = air mata jadi teman setia. 
T = tempat mengadu dah tak ada. 
I = ikut hati mati, ikut rasa binasa... nak buat macam mana? 


tetapi yg seharusnya ialah.... 

C-Cinta sebelum berkahwin, biar sederhana, tak melanggar batas agama 
I-Impian rumahtangga dirancangkan bersama (bkn praktikal seblm nikah) 
N-Nikah didahulukan pembuka gerbang kebahagiaan 
T-Timang cahaya mata sbg pengikat kasih sayang 
A-Amalkan perintah Tuhan, Insyaallah bahagia membawa ke syurga. 

K-Kasih berputik dikala pertunangan diikat 
A-Akad dilafaz cinta berbunga 
S-Suami disanjung-tinggi 
I-Isteri disayangi 
H-Harumlah kasih sepanjang zaman 

S-Sayangkan Isteri kasihkan suami 
A-Ada masalah, dibincangkan bersama 
Y-Yang ringan sama dijinjing, berat sama dipikul 
A-Amalkan hidup bertoleransi 
N-Nak kekalkan bahagia, itu usaha bersama 
G-Gaduh sesekali tu perkara biasa 

H-Hati suami mesti dijaga 
A-Apatah lagi hati isteri yang mudah tersentuh 
T-Tanggung-jawab dipikul bersama 
I-Isteri tak makan hati, suamipun tak cari ganti

Selasa, 24 Mei 2011

GEMPAK!!! Realiti WANITA dan LELAKI!

                       


1. Kecantikan seorang wanita ialah terletak sejauh mana ia dapat menahan (menjaga) malunya, sementara kegagahan seorang lelaki ialah terletak sejauh mana ia dapat menahan (menjaga) marahnya.


2. Orang yang membujang adalah orang yang belum menemukan penghibur duka dan dia baru memperolehinya dengan berkahwin.


3. Suami adalah orang yang mencari kebahagiaan hidup dengan menghilangkan sebahagian kemerdekaannya.


4. Wanita menghadapi banyak permasalahan sebahagian diatasi dengan berkahwin dan sebahagian yang lain diatasi setelah dia masuk ke liang kubur.


5. Mata yang paling indah tetapi juga harus diwaspadai adalah mata kaum wanita.


6. Jangan menyalahkan perasaan isteri anda kerana perasaannya yang terbaik ialah ketika ia menerima anda sebagai suami.


7. Perawan tua ialah wanita yang kehilangan kesempatan menyusahkan seorang lelaki.


8. Yang diinginkan seorang gadis dari dunia ini hanyalah seorang suami, dan apabila ia sudah memperolehinya, ia menginginkan segala-galanya.


9. Wanita bisa memaafkan suatu pengkhianatan suaminya, tetapi dia tidak bisa melupakannya.


10. Kecantikan wanita tidak bererti apa-apa dibandingkan dengan kemuliaan akhlak dan perilakunya.


11. Sebelum berkahwin, wanita hafal seluruh jawapan dan sesudah khawin, ia hafal seluruh pertanyaan.


12. Barangsiapa mengawini wanita kerana hartanya, maka dia telah menjual kemerdekaannya.


13. Wanita adalah bintang dan pelita bagi lelaki. Tanpa pelita, lelaki bermalam dalam kegelapan.


14. Wanita lebih cepat daripada lelaki dalam menangis dan dalam mengingatkan peristiwa yang menyebabkan dia menangis.


15. Wanita tertawa bila ia mampu dan menangis apabila ia menginginkan sesuatu.


16. Pudarlah kebahagiaan seorang wanita jika ia tidak mampu menjadikan suaminya teman yang termulia.


 17. Wanita sangat berlebihan dalam mencintai dan membenci, dan tidak mengenal pertengahannya.


18. Wanita selalu tergolong manusia halus dan lembut sampai saat dia berkahwin.


19. Tidak mungkin seorang lelaki hidup bahagia tanpa didampingi oleh isteri yang mulia.


20. Wanita hidup untuk berbahagia dengan cinta, sementara lelaki mencintai untuk hidup berbahagia.


21. Kebijaksanaan wanita terletak di dalam hatinya.


22. Seorang wanita yang bijaksana menambahkan gula pada kalimatnya setiap kali berbicara denga suaminya, dan mengurangi garam pada ucapan suaminya.


23. Cincin perkahwinan adalah cincin termahal di dunia, sebab  mengharuskan pemberinya mengingatkan harganya setiap bulan tanpa henti.


24. Sesungguhnya tidak ada wanita yang sangat cantik, yang ada ialah  kaum lelaki yang sangat lemah bila berhadapan dengan kecantikan.


25. Bagi lelaki, yang terakhir kali mati ialah jantungnya dan bagi wanita adalah lidahnya.


26. Wanita tidak diciptakan untuk dikagumi semua lelaki tetapi sebagai sumber kebahagiaan seorang suami.


27. Pada waktu bertunang, lelaki banyak berbicara dan perempuan mendengarkan. Pada saat perkahwinan, perempuan berbicara dan pengantin lelaki mendengarkan. Sesudah perkahwinan, suami dan isteri banyak berbicara dan para jiran tetangga mendengarkan.


 28. Setiap wanita mempunyai dua mata. Adapun wanita yang cemburu berlebihan mempunyai tiga mata. Satu di sebelah kanan, satu di sebelah kiri dan yang ketiga diarahkan kepada suami.


 29. Wanita pada umumnya takut akan tiga hal tikus, munculnya uban danwanita-wanita cantik yang menjadi saingannya.


30. Isteri yang bersikap jujur dan setia kepada suami meringankan setengah beban kehidupan suaminya.


31. Seorang wanita menghadapi kesulitan apabila ia berada di antara lelaki yang dicintainya dan yang mencintainya.


                         

Rabu, 18 Mei 2011

AFTAFIRULLAH!!..Abang Hanya Melihat Adik Kena Rogol~

                                        
Abang hanya melihat dengan keseronokan adik perempuan mereka dicabul kehormatannya di hadapan khemah mereka sendiri.
Pada suatu hari yang nyaman, dengan tiupan angin sepoi-sepoi bahasa, sebuah keluarga besar telah pergi piknik di tepi pantai. Keluarga ini merupakan keluarga yang kaya raya. Ada tauke balak, ada tauke minyak, ada tauke minyak sawit, ada tauke getah, ada tauke emas dan macam- macam lagi. Namun, tidak mungkin dalam satu bakul buah itu, semuanya elok, pasti ada jugak yang busuk.

Sebenarnya kehidupan adik-beradik ini mula goyah selepas bapa mereka dibunuh secara kejam di Turki. Kehidupan mereka mula bertelagah sesama sendiri. Bagi abang-abang yang kaya, mereka melupakan adik-adik mereka yang miskin. Bagi adik-adik yang mula belajar hidup berdikari, maka berusahalah mereka membantu adik-adik yang miskin itu semampunya sambil menempelak abang-abang mereka yang mula lupa diri.

Satu hari, semasa keluarga ini berpiknik, seorang adik perempuan mereka telah diculik dan telah dicabul dengan kejam. Perlakuan ini berlaku di depan khemah abang-abang yang kaya ini. Pencabulan si adik
itu dilakukan oleh sekumpulan pendatang haram yang suka membuat kacau kehidupan orang lain. Adik-adik yang lemah ini hanya mampu memandang dengan kesayuan. Tetapi si abang-abang hanya melihat dengan keseronokan adik perempuan mereka dicabul kehormatannya di hadapan khemah mereka sendiri.

Tidak lama selepas itu pula, salah seorang adik lelaki mereka pula telah lemas dihanyut ombak. Salah seorang daripada mereka cuba menyelamatkan si adik yang lemas itu tetapi dihalang oleh abang atas alasan, marilah bawak berbincang dahulu. Jangan terburu-buru, bahaya. Akhirnya, di saat adik perempuan mereka diratah dengan penuh nafsu oleh sekumpulan pendatang haram itu, dan adik lelaki pula hampir kelemasan di tengah lautan, mereka telah duduk berbincang sambil makan makanan yang mewah-mewah dan minuman yang lazat-lazat.

Tajuk persidangan kita hari ini adalah, "Cara-cara menyelamatkan adik perempuan yang dirogol dan adik lelaki yang kelemasan." Itulah kata si abang sulung selaku pengerusi majlis.

Adik-adik yang lebih muda dengan bersemangat hendak terus bergocoh dengan pendatang-pendatang haram tersebut, dan juga tanpa menghiraukan keselamatan, ingin sahaja terus menyelamatkan adik lelaki mereka yang semakin kelemasan itu. Tetapi dengan tenang si abang-abang berkata,"Inilah orang muda, suka sangat ikut perasaan.

Cuba sikit hormat orang tua. Kita ambik jalan yang lebih berdiplomasi. " Akhirnya, si abang berjumpa dengan ketua pendatang haram tersebut. "Ini resolusi kami. Jangan rogol adik kami lagi. Kalau nak sangat tubuh adik kami pun, cuba hentikan rogol tu dulu. Kita buat gencatan nafsu." Maka mereka pun berbincang. Sambil berbincang itu, pencabulan terhadap adik perempuan itu masih berjalan sambil ditonton oleh adik- beradik yang lain.

Tentang si adik lelaki yang kelemasan, seorang dari mereka cuba mendapatkan bot penyelamat, tapi dihalang oleh abang yang lain. "Hoi monyet...senyaplah. .. pengkhianat! " Getus hati si adik yang tidak puas hati kerana bot penyelamat yang ada telah dibocorkan oleh abang-abang mereka.

Akhirnya adik-adik berdarah muda telah diketepikan. Bagi si abang, adik berdarah muda merosakkan keadaan sahaja. Adik-adik muda ada yang dikenakan akta Ikut Suka Aku, dikhatankan buat kali kedua, dirosakkan khemahnya dan pelbagai lagi. Manakala, adik-adik perempuan muda pula ditakut-takutkan akan hilang kehormatannya.

Keadaan semakin genting. Adik-beradik tadi melakukan mesyuarat kununnya tergempar pula. Kali ni mereka agak sepakat. "Kami mengutuk sekeras-kerasnya tindakan pendatang haram mencabul adik perempuan kami."

"Selamatkan adik kami yang kelemasan."

Tetapi mereka hanya memasang banner di sepanjang pantai tersebut. Dengan harapan, ada orang yang akan membantu mereka. Adik perempuan mereka semakin terus dicabul. Pakaian adik perempuan mereka sudah tidak ada lagi di tubuh. Adik-beradik tadi hanya terus menonton drama cabul mencabul itu dari dekat selepas bermesyuarat yang kununnya tergempar itu.

Adik lelaki mereka pula sekiranya tadi tangannya kelihatan, kini seolah-olah sudah hampir mati. Hanya menunggu malaikat maut datang mengambil nyawa. Lalu, diangkatlah lagi banner "Selamatkanlah adik kami yang kelemasan" setinggi-tingginya dengan harapan ada orang lain yang membantu.

Bila melihat banner itu tidak berkesan. Mereka bermesyuarat lagi. Dan mereka mengeluarkan banner yang baru. Yang lebih cantik dan mahal. Adik perempuan terus dinodai. Adik lelaki sudah semakin hanyut di tengah lautan... adik-beradik lain pula terus bermesyuarat dan mesyuarat untuk menghasilkan banner dengan wording yang lebih menarik....

Itulah kisah keluarga besar di satu tempat yang dirahsiakan namanya.

catatan :

+ adik perempuan itu bernama Palestin.
+ adik lelaki itu bernama Iraq
+ abang-abang itu NEGARA MALAYSIA ( Pengerusi OIC) & negara-negara Arab yang kaya raya
+ adik-adik yang senyap itu negara umat Islam yang membangun / mundur.
+ adik-adik yang berdarah muda itu gerakan-gerakan Islam
+ mesyuarat itu pula ada mesyuarat OIC
                                                     

Selasa, 10 Mei 2011

Perjuangan Sang Hawa~

                                  

Perjuangan terlahir bukan hanya untuk pria. Banyak sekali kisah yang melukiskan berbagai bentuk perjuangan kaum Hawa. Memang, tidak bisa dipungkiri wanita adalah lemah dan menjadi orang nomor dua setelah pria. Dan memang sudah menjadi qadarullah, bahwa penciptaan Hawa pun dari tulang rusuk Nabi Adam ‘Alaihissalam yang sangat lembut. Akan tetapi dalam beberapa hal, wanita memiliki kekuatan yang dapat menjadi sebuah nilai juang yang berharga bagi keluarga dan agama. Tidak bisa di bayangkan, jika di bumi Allah ini kehidupan berjalan tanpa perjuangan dan pengorbanan Sang Wanita.

Hidup yang penuh dengan perjuangan dan tiada henti, haruslah laksana air yang mengalir. Dimana setiap daerah yang diairinya  haruslah mendapat manfaat yang tentu tidak akan di dapat kecuali oleh air yang mengairinya. Berbeda dengan air yang tenang, tidak mengalir, maka tentu hanya dapat memberikan manfaat sejenak kemudian akan berubah bentuk, berganti warna, bau, bahkan berubah fungsinya.
Begitu juga sang wanita. Kemuliaan akan diraih ketika mereka terus bekerja keras, berjuang dan mendidik para generasi pejuang masa depan. Sang Hawa ikut berpartisipasi di medan juang sesuai dengan kemampuan dan jenis perjuangan yang telah Allah qodratkan sehingga tidak ghuluw(berlebihan) dan melampaui batas perjuangan yang telah Allah Subhanahu Wata’ala tentukan.
Kemunculan Syubhat Emansipasi atau sejenisnya yang merasuk di jiwa Muslimah, adalah bagian dari melampaui batas perjuangan yang telah Allah Subhanahu Wata’ala tetapkan. Terlebih Syubhat Emansipasi  berasal dari orang-orang Yahudi  penyembah hawa nafsu yang sengaja mengaburkan Syari’at Islam dalam pandangan kaum Muslimin. Allah Subhanahu Wata’ala berfirman :
“Dan demikianlah pemimpin-pemimpin mereka telah menjadikan kebanyakan dari orang-orang Musyrik itu memandang baik membunuh anak-anak mereka untuk membinasakan mereka dan untuk mengaburkan bagi mereka agama-Nya. Dan jika Allah menghendaki, niscaya mereka tidak mengerjakannya, maka tinggal-lah mereka dan apa-apa yang mereka ada-adakan.” (QS. Al-An’am : 137).
Saudariku, kearifanmu dalam tanggungjawabmu sangat di perlukan, dimana saat ini engkau telah menyaksikannya sendiri bahwa anak-anak , putri-putri generasi Islam sedang asyik mengkonsumsi racun yang berbalut madu. Apakah sikap arif dalam tanggungjawabmu telah mati bersamaan dengan gugurnya dedaunan kering di musim panas? Kemudian engkaupun menjadi bebek yang hanya bisa berenang sambil mengoceh tidak karuan dan meninggalkan kotoran-kotoran akibat ulah dan keteledoranmu.
Tidakkah engkau menyadari anakmu dan kaum-mu sedang menjerit meminta tolong. Akan tetapi hanya sedikit sekali engkau sisakan waktumu untuk men-tarbiyyah (membimbing) mereka dalam penyampaian nasihat ataupun sedikit sentuhan mesra dalam wujud kasih sayangmu.
Janganlah sampai terulang lagi kisah anak durhaka di Era modernis ini. Memang tidak lucu, tetapi bagaimana jiwa dan hati para orang tua ketika anak-anak gadisnya memakai pakaian semi telanjang. Rambutnya, keelokan tubuhnya dan dunia manja yang ia habiskan bersama laki-laki yang belum tentu menjadi jodohnya. Na’udzubillah.
Berjihadlah wahai Mu’minah, engkau sudah di panggil memperbaiki akhlak generasi zaman yang penuh kepalsuan ini. Saat ini, di sudut mana engkau dapat menemukan jilbab yang mengulur menutupi sebuah keindahan dan kemolekan yang seharusnya tersimpan apik dan terhindar dari mata-mata liar ?? Saat ini, di negeri mana engkau tidak mendengar kisah tentang terenggutnya kesucian seorang Muslimah…??
Seribu bait puisi dan syair telah tertoreh dan tersebar untuk memanggil jiwa-jiwa  Muslimah yang telah mati. Menyeru hati kecil para Ibu yang telah lupa akan tanggungjawab dan tujuan sesungguhnya yang semestinya harus terlaksana. Allah Subhanahu Wata’ala telah menjelaskan tugas itu dalam ayat-Nya dengan ringkas dan sangat jelas sekali.
“Hai orang-orang yang beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu dari api Neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu, penjaganya (adalah) Malaikat-malaikat yang kasar, keras dan tidak pernah mendurhakai Allah terhadap apa yang diperintahkan-Nya kepada mereka dan selalu mengerjakan apa yang diperintahkan.” (QS. At-Tahrim : 6).
Saudariku, kapan engkau akan memulai jihad yang menjadi puncak dari agama ini…??. Ayat di atas merupakan peringatan yang sangat jelas bagi kita untuk tetap istiqomah dan sabar menghadapi berbagai rintangan jihad sekaligus menjelaskan kepada kita betapa wajibnya menyelamatkan seluruh keluarga kita dari pedihnya azdab api Neraka.
Banyak jalan untukmu dalam menggapai kemuliaan jihad. Karena memang jihad tidak hanya engkau berada di medan perang membawa senjata. Akan tetapi betapa banyak ragam dan bentuk jihad, yang masing-masing dari bentuk jihad tersebut memiliki keutamaan dan tingkat kemuliaan yang berbeda.
Saudariku, jihad yang menjadi dambaan pecinta syurga adalah :
1. Jihad an-Nafs (memerangi dan menundukan hawa nafsu).
Jihad bentuk ini terbagi menjadi empat :
Pertama : Jihad menundukkan hawa nafsu untuk mempelajari petunjuk agama yang benar.
Kedua : Jihad untuk mengamalkannya, yaitu petunjuk agama atau ilmu, setelah berhasil mengetahuinya.
Ketiga : Jihad berda’wah dalam ‘ilmu, dan dalam megajarkannya kepada orang lain yang belum mengetahui.
Keempat : Jihad untuk bersabar dalam menghadapi berbagai rintangan dakwah kepada Allah dan gangguan dari para makhluk.
2. Jihad Asy-Syaithan, yaitu memerangi atau menundukan Syaithan, dengan menolak hawa nafsu syahwat yang di hembuskan olehnya dan syubhat yang di sodorkannya kepada kita.
3. Jihad Al-Kuffar, yaitu memerangi orang-orang kafir. Baik dengan cara memusuhi dan memerangi mereka, serta mengeluarkan apa yang dibutuhkan untuk keperluan tersebut baik berupa harta dan jiwa, pengalaman atau yang lainnya.
4. Jihad Al-Munafiqin, yaitu memerangi orang-orang munafik, dengan menggunakan lisan, menyampaikan hujjah, mencegah mereka dari perbuatan kufur terselubung yang menjangkiti diri mereka.
Saudariku,… tunggu apa lagi, karena engkau telah mengetahui betapa peluang jihad itu terbuka lebar dan sangat banyak. Dan ingat, yang memberikan imbalan hanyalah yang Maha Pengasih. Suatu imbalan yang tidak mungkin engkau dapatkan dari sesama makhluk dan juga honor yang tidak bisa engkau dapatkan dalam jumlah yang berlipat-lipat.
Wahai para Wanita perindu izzah, kini kebenaran telah jelas dan nyata. Pintu kesempatan untuk memperbaiki segala kekeliruan telah terbuka. Segeralah tunaikan amanat yang telah di embankan. Waktu masih tersisa, janganlah terbuang sia-sia.
Semoga Allah Subhanahu Wata’ala menetapkan kita berjalan sesuai dengan petunjuk- Nya.
Wallahu ‘Alam

Ahad, 8 Mei 2011

Mengenal Lelaki Secara Umum.

                                   


Seorang lelaki tidak sama dengan seorang wanita.Lelaki juga tidak akan menjadi wanita dan begitulah sebaliknya. Ramai wanita menganggap bahawa lelaki sukar di fahami ,begitu jugalah pendapat lelaki. Berikut dicatatkan apakah sifat –sifat secara umum di mana banyak antaranya di catat di dalam buku tulisan Bob Berkowitz. Mengenal lelaki secara umum memudahkan kaum wanita memahami lelaki.


Hidup Lelaki Lebih Mudah 
Lelaki lebih mudah hidupnya berbanding wanita .Kerana itu lelaki sukar untuk memahami jika sesuatu
perkara itu di sampaikan dalam bentuk kiasan .Wanita suka mengkias ibarat dan berharap lelaki faham,tetapi lelaki lebih suka jika ianya dijelaskan dengan bahasa yang mudah dan jelas,secara  berterus terang. Sekiranya wanita tidak jelas mengenai sesuatu perkara,tanyalah secara terbuka kepada lelaki.


Bahasa lelaki adalah berlainan 
Lelaki bercakap dengan bahasa yang berlainan .Ini menyebabkan lelaki dan wanita sukar  berkomunikasi antara satu sama lain .Apa yang lahir dari kata-katanya ,jika dia bercakap dengan wanita ,adalah berbeza dari apa yang di lakukannya berbanding dari apa yang di katakanya .Lelaki tidak pandai melahirkan rasa hatinya dalam bentuk kata.


Lelaki suka membisu
Wanita berkebolehan untuk membincangkan sesuatu subjek yang sensitif dan mendukacitakan sebagai
salah satu cara berhadapan dengan realiti tetapi lelaki masih lebih suka untuk menyembunyikan dan membisu.
                       
Lelaki tidak kompleks
Jika terdapat semua tanda yang menunjukan bahawa seseorang lelaki hanya mahu wanita
menjaganya,mengemas rumah,menyediakan makanan untuknya dan melakukan jima’ secara kerap dengannya,wanita harus percaya bahawa itulah yang lelaki tersebut mahu.Ini bukan bererti lelaki berfikir secara primitif,tetapi lelaki memang sedemikian .Wanita biasa menganggap lelaki sebagai kompleks ,tetapi sebenarnya kehendak lelaki adalah mudah.
                      
Jangan paksa lelaki
Bila wanita mendesak lelaki agar mendedahkan perasaanya ,mungkin lelaki itu akan mendedahkan
sesuatu yang wanita itu tidak suka mendengarnya .Maka adalah lebih baik jangan bertanya dan menyelidik hingga ke akar umbi .Lebih baik bagi wanita membaca bahasa badan lelaki ,matanya,atau perubahan corak perlakuanya .Jika dia pada kebiasaanya suka membaca tidak melakukannya,mungkin pada ketika itu fikiranya sedang kacau.


Lelaki berahsia dengan lelaki lain
Tidak sebagai mana wanita yang lebih mudah untuk bercakap dengan wanita lain mengenai masalah ,harapan dan kebimbangan yang amat rahsia dan peribadi,adalah sukar bagi lelaki untuk menjadi mesra secara verbal sedemikian rupa.Untuk melakukannya ,lelaki memerlukan kekuatan dan keberanian yang tinggi.
                       
Lelaki pentingkan kejujuran
Jika lelaki tahu bahawa isterinya suka bercerita pada wanita lain tentang dirinya ,besar kemungkinan lelaki itu tidak akan bercerita lagi secara mesra mengenai hal-hal rahsia kepada isterinya.Kejujuran adalah penting bagi lelaki .Dia mahukan isterinya menyimpan rahsia –rahsia rumahtangga.
                       
Lelaki tidak suka di kritik
Jangan mengkritik lelaki ,melainkan jika anda bersedia untuk bertikam lidah dengannya.Lelaki tidak
begitu terbuka untuk menerima kritikan .Mengkritik di belakangnya , contohnya saudara atau kawannya ,mungkin dapat mengelakan konfrantasi serta merta tetapi dia akan berasa marah juga apabila perkara
tersebut di sampaikan kepadanya .Cara yang baik untuk mengkritik lelaki ialah dengan berjenaka dan dgn lembut .Cara lelaki mengkritik adalah berlainan ,dan ia jarang di lakukan olah lelaki .Bila  mahu mengkritik lelaki ,elok jika kritikan itu di gabungkan dengan sedikit pujian .
                       
Lelaki juga mahukan sokongan
Bila lelaki menghadapi masalah dan mengadu pada wanita ,wanita harus memberitahu lelaki itu bahawa dia masih diperlukan .Lelaki mahukan keselesaan perasaan ,sokongan serta kata-kata "Saya cintakan abang.." dan ‘Tidak kira apa yang terjadi ,saya tetap bersama abang..’


Lelaki dan ego 
Ramai lelaki menunjukkan egonya di dua masa.Pertama di dalam kerja ,dan kedua di atas ranjang. Ini
biasanya menyebabkan wanita menjadi bosan .Tetapi sebaik- baiknya wanita patut mempertingkatkan ego suaminya. Wanita yang menyemarakkan api cinta akan menikmati kehangatan api cinta itu.Lelaki mahu wanita memberitahu bahwa sumbangnya diiktiraf dan di nilai .Jika anda tidak menyatakan kepadanya, siapa lagi. Jika anda mempertingkatkan ego lelaki ,ia membuatkan lelaki merasa senang dan setiap orang di sekelilingnya akan mendapat feadah ,terutamanya yang di cintainya.

Jumaat, 6 Mei 2011

Disana Menanti Disini Menunggu - Aku dah kawin!!

                             
Aku dah kahwin sekarang. Bini aku memang baik sangat-sangat. Tapi dia tak seperti yang aku expect masa kami belum kahwin dulu. Masa belum kahwin, aku tengok dia memang sorang yang pendiam je, jarang gile cakap dengan laki. Member-member memang puji la cara dia. So memang susah jugak aku nak cuba tegur dia masa tu.. segan dowh. Memang obvious lah kalau aku tegur. Tapi aku suka dia macam tu, so takde la cemburu sangat sebab dia jarang borak-borak dengan laki.

Cantik? Memang la, kalau tak aku comfirm tak sangkut punya. Haha. Cantik pada mata aku la. Member-member pun ade yang cuba usha. Sori le dia nak layan. Haha. Memang market. Last-last aku yang dapat, memang rasa bangga giler. Hehe. Eh, dok ngumpat-ngumpat pasal dia, lupa lak nak kasi tau nama. Nama panggilan dia Ara. Nama betul dirahsiakan. Hoho..

Aku usha cara yang elok-elok la, pergi jumpa bapak dia dulu. Gentlemen beb! Slow talk dengan bapak dia. Err, bapak dia nama Marzuki. Bapak dia ni jenis sound direct rupanya. Pergh, memang kena kutuk kaw-kaw la gua. Sebabnya, bila dia tanya kenal tak anak dia? Gua cakap tak sangat. Bapak dia tanya lagi, kenapa nak kahwin dengan anak dia? Gua cakap sebab minat. Minat sebab apa? Gua cakap tak tau.. Habis kalu tak dapat anak dia? Gua cakap nak jugak! Bapak dia sound la, “ko ni, camne ko nak kahwin dengan orang yang ko tak kenal? Gua jawab, lepas kahwin la saya kenal dia pak cik.. pastu sengih-sengih.. pastu bapak dia diam.

Masa tu rasa down gile. Bapak dia cam tolak mentah-mentah je proposal aku. Ke dia saja nak uji kehebatan cinta aku?? Huhu. Time tu aku dah terfikir nak usha calon lain je. Aku memang ada lagi sorang yang aku suka. Haa yang ni gua memang kamceng giler. Yang ni pulak nama dia Ika. Gua memang serasilah dengan minah ni. Haha.. Tapi last-last orang lain gak yang gua pinang.

Hari keputusan proposal aku akhirnya tiba. Keputusannya.. jeng, jeng, jeng….. tak seperti yang aku jangka. Haha. Aku ingat kena reject, satgi family diorang terima. Warghh happy giler. Alhamdulillah. So, memang sah la takde jodoh aku ngan Ika. Time aku bagitau Ika aku nak kawin, dia accept je. Kejam gile aku. Dia kata semoga aku bahagia. Lepas tu kami dah tak jumpa.

Lepas akad nikah, kompemlah aku sebagai laki Ara. Happynya aku Tuhan saje yang tau. Kat rumah Ara macam biasa, cool je. Tapi cool semacam la pulak. Sepatah aku tanya, setengah patah dia jawab. Kalau aku tak buka mulut, memang tak berbunyilah rumah kitorang.

Ara taklah ‘bisu’ sangat. Kadang-kadang dia bersuara gak. Tapi bagi aku yang jenis suka cakap banyak ni, Ara bukan jenis yang boleh bawak borak sangat. Bila aku cakap pasal something, dia macam blur. Macam tak supportive sangat. At last aku dah malas nak borak.. oh boringnya. Yang dia tahu cuma tunjuk baris gigi dia je. Sengih. Macam yang aku buat kat bapak dia dulu. Psycho seyh..

Nak jadik lagi tensen, aku ni jenis perokok sederhana tegar gak la. Tapi bini aku pulak memang cam fobia gile dengan asap rokok. Bau nafas aku yang bersisa rokok pon, dia mesti batuk. Tak bau rokok pun dia dah selalu batuk. Uhuk3 gitu.. Sebab sayang bini, makin lama makin kurang aku merokok. Kalau gian sangat pun aku merokok time kat ofis je.

Bini aku kerja hospital, bahagian ubat-ubatan. Aku lak tak boleh bau ubat, mesti pening kelapa. Hari-hari aku yang hantar, ambik dia gi hospital. Time ambik dia balik, memang hari-hari lah baju dia bau ubat dalam kereta. So aku akan selalu bukak tingkap, nyaman sket..

Ada satu hari tu, masa hujan lebat. Tak leh bukak tingkap kereta, aku dah memang pening-pening lalat dah. Bau ubat. Dengan poor visibility lg, kami accident! Langgar bontot kereta orang depan. Kat hospital, doktor kata bini aku keguguran akibat kemalangan tu. Hah?? Rupanya dia mengandung dua bulan.. Ara sendiri pon tak tahu.. Ya Allah!!

Lepas kejadian tu aku terus suruh Ara berhenti kerja. Duduk rumah je. Aku dah korbankan rokok aku, so dia kena korbankan kerja dia. Aku dah tak tahan bau ubat!! Aku sorang kerja dah cukup sara hidup kami!

Dekat setahun kami kawin, Ika tiba-tiba datang, dia kata masih sayang kat aku, nak aku ambik dia jadi bini no. 2. Dia sanggup.

Alamak ni dah angau betul. Padahal aku baru je kawin. Mungkin Ika yakin yang kami sangat serasi dan saling memahami, so dia berani propose kat aku. Then aku terus terang je la, aku cakap kat dia, yes aku memang tak kamceng mane ngan bini aku sekarang dan banyak benda yang kami takde persamaan. Ara memang tak banyak bercakap. Kalau aku cuba buat lawak, dia macam tak dapat tangkap je. Sedih tol. Tak pandai nak borak. Kalau jumpa member-member aku lagi le dia sunyi sepi. Dah la hari-hari dia suka masak benda yang sama je. Jarang la dapat makan yang lain siket. Kecuali makan luar. Itu pun dia akan order benda sama je. Haha macam tu la bini aku. Lucu lak.

Tapi kami masih cuba memahami hati budi masing-masing. Aku cuba biasakan diri dengan bau ubat-ubat kat baju-baju Ara dulu, cuba berhenti merokok waktu awal-awal kahwin dulu. Ara plak dah tak kerja, dah cuba belajar masak benda-benda lain (tapi jarang la menjadi). Aku bagitau Ika, rumah tangga kami bahagia. Aku tak boleh menduakan dia. Aku memang sayangkan dia. Ika terpaksa terima hakikat tu. Itu memang last kami jumpa.

Kini, kami dapat rezeki seorang anak, dah besar, dekat 4 tahun la. Tapi dah pandai mengaji sikit-sikit. Semua berkat kerajinan bini aku. Bab-bab agama, mengaji semua dia memang bagus. Anak aku Hafiz, memang dia train elok-elok ngaji al-Quran. Alhamdulillah, semoga esok-esok dia jadi anak yang soleh. Bagi aku itu la investment yang sangat-sangat menguntungkan!

Tapi sebenarnya dalam tempoh tu, kami tak seperti pasangan yang lain. Makin hari aku makin bosan dengan rumah tangga kami. Ara memang suka menyepi, jarang borak panjang-panjang. Aku pulak suka keluar lepak dengan kawan-kawan. Makin lama makin jarang aku duduk rumah. Lewat malam baru balik, bini dah tidur. Esoknya pagi-pagi aku dah kena pergi kerja. Dalam tempoh tu jugak, aku sebenarnya asyik keluar dengan sorang ofismate aku. Nama dia Lisa. Budak baru kat ofis aku. Berbekalkan muka yang agak ada market ni, dia macam sangkut lak kat aku. So dialah yang selalu aku ajak keluar malam, teman aku borak-borak, kadang-kadang sampai pagi!

Aku sedar aku seolah-olah mempergunakan dia untuk hiburkan hati aku. Teringin nak kahwin dengan dia, takut kecik hati si Ara pulak. Dengan Lisa la tempat aku luahkan perasaan, kadang-adang gaduh, kadang dia tercarut-carut siap kat aku. Pastu minta maaf, dia kata tersasul. Tapi aku memang terhibur bila duk ngan Lisa. Bini aku kat rumah, dengan anak aku jarang sangat aku luangkan masa.

Ara sedar akan perubahan aku dari hari ke hari. Dia mula sedar aku ada perempuan lain. Satu hari dia bagitau, dia izinkan kalu aku nak kahwin lagi, tapi mesti dengan wanita yang elok-elok, sebab dia tak mahu pelajaran Hafiz terganggu. Aku pelik, apa kaitannya??

Dan aku terfikir, Lisa tu wanita yang elok ke? Pakaian hari-hari kompem ketat, make up kat muka 2 inci macam tak boleh kena air, tak ambik air semayang ke? Tak semayang ke? Ke cuti sepanjang tahun?!

So aku postpone dulu hajat nak kahwin ngan Lisa. Terfikir lepas kahwin boleh nasihat kot sikit-sikit, tapi time bercinta pun asyik lawan ape aku cakap. So sad!..

Ketika perkahwinan aku dengan Ara mencecah 4 tahun dulu, rumahtangga kami ditimpa dugaan yang maha besar. Ara mula jatuh sakit, batuk dia makin teruk, akhirnya masuk hospital. Dan saat itulah baru aku diberitahu, Ara mengidap penyakit barah tekak. Ya Allah!!

Doktor bagitau, Ara dah lama senarnya kena barah tu, penyakit yang akan buat dia selalu batuk, dan terpaksa menahan sakit bila bercakap! Aku rasa bagai kena tusuk dengan anak panah yang tumpul bila dengar benda tu!! Patut la Ara jarang sangat bercakap. Kenapa dia tak bagitau aku??

Doktor tu cakap lagi, penyakit tu makin lama makin teruk, dan bagi effect kat jantung. Sebab pernafasan dia selalu kurang dari sepatutnya. Jantung jadi lemah. So itulah yang menyebabkan Ara jatuh sakit. Jantung dia sekarang makin rosak akibat barah tu.

Jadi camne dia boleh ajar anak aku mengaji? Doktor tu bagitau, memang ada ubat untuk diminum sebagai pelincir dalam tekak. Tapi hanya kurangkan rasa sakit, dan ia bertahan kejap je. Tapi Ara tak boleh selalu minum sebab ubat tu sangat mahal!!

Aku buntu..

Masa itulah baru aku terfikir, kami tak penah bertikah lidah, tak pernah gaduh. Mungkin itu hikmah dia. Tapi aku tak sedar selama ni. Aku asyik tinggalkan dia, bergembira dengan perempuan lain. Dia pula sanggup tanggung derita setiap kali perlu menjawab pertanyaan aku. Dan tak pernah luahkan derita kat aku.

Jantung Ara dah lemah sangat, doktor kata mungkin Ara tak dapat bertahan lama. Aku menangis depan doktor tu puas-puas, walaupun doktor perempuan. Aku dah tak kisah. Aku menyesal dengan cara aku layan Ara selama ni.

Dia dah bagi aku macam-macam, jaga makan minum, pakaian aku, ajar anak kami mengaji, memang tak pernah lawan apa aku cakap, apa aku suruh. Aku suruh dia berhenti kerja dulu, dia ikut. Walaupun kat rumah dia tetap baca buku pasal ubat-ubatan! Dia minat sangat dengan kerja dia. Maafkan abang Ara..

Bila balik rumah nak mandi kejap, aku sempat tengok balik kenangan-kenangan kami. Aku belek-belek, terjumpa kotak hantaran masa kami kahwin dulu. Ada satu kotak jam, jam yang aku pakai sekarang. Aku terkejut bila ada sehelai kertas dalam tu. Mula-mula ingat kertas resit, tapi rupanya sepucuk surat!

1 Julai 2007,


Buat suami yang baru ku punya,
Terima kasih kerana menawarkan cintamu,
Yang ku tunggu-tunggu sejak kita mula bertemu dulu,
Ara memang cinta padamu,
Dan Ara menangis bila abang melamarku


Buat suamiku yang baru ku punya,
Luaranku mungkin nampak sempurna,
Luaranku mungkin ramai yang terpesona,
Tapi diriku bukanlah sesempurna abang sangka,
Kerna suaraku bukan kepunyaan kita


Buat suamiku yang baru ku punya,
Andai abang ingin melihat Ara ketawa,
Ara hanya mampu tersenyum pada abang,
Andai abang mahu Ara berjenaka,
Mungkin Ara kan menangis di bahu abang,
Kerana Ara tak mampu berbica,
Seperti orang lain berbicara,
Kerana Ara tak mampu ketawa,
Seperti orang lain ketawa


Jika membaca surat ini akan meleburkan cinta abang,
Ara pasrah dan relakan abang menjauhi,
Jika membaca surat ini Ara tetap di hati abang,
Ara sujud sejuta syukur pada Ilahi..


Yang benar,


Isteri yang menyanjungmu.

*Ara selitkan surat ini dalam kotak jam abang, semoga abang mudah terlihat surat ini..

Berderai lagi airmata jantan aku. Kenapa aku tak terbaca surat ni 4 tahun dulu? Kenapa aku tak tahu penderitaan Ara awal-awal dulu? Kenapa baru sekarang? 4 tahun usia perkahwinan kami, Ara beri aku segala-galanya dan paling penting dia bagi seorang anak yang comel dan bijak. Tapi apa yang pernah aku beri kat Ara?

Mulai saat tu aku jaga Ara sepenuh hati. Hari-hari memang kerja ulang-alik hospital. Masuk ofis pon kejap-kejap. Anak aku bagi kakak Ara yang jaga. Masa tu aku dah serabai giler. Sangat tak terurus. Baru aku sedar pentingnya Ara dalam hidup aku.

Dalam keadaan Ara yang agak lemah, aku minta kebenaran doktor untuk bawa dia melancong. Aku nak temani dia puas-puas. Aku nak bahagiakan dia dalam sisa-sisa hayat dia. Biar dia terlupa akan derita dia. Saat itu dia menangis kat bahu aku. Sejak dia sakit kami hanya berbalas tulisan kat kertas dan kertas-kertas tu aku kan simpan sampai bila-bila.

Dia tulis dia tak menyesal kahwin dengan aku. Dia tulis sangat bahagia hidup dengan aku. Siap cuba lukis gambar orang senyum. Ya Allah hari-hari itu kami sangat bahagia. Namun Ara dah makin lemah. Aku dah tak mampu tengok dia derita. Setiap kali dia nak tarik nafas, sangatlah azab pada aku melihatnya.

“Ya Allah, jika Kau masih panjangkan hayat isteriku, Kau berilah aku separuh kesengsaraannya, biar kurang kesensaraannya Ya Allah.. Tapi jika hanya kematian yang dapat mematikan sengsara isteriku, aku redha Ya Allah..”

Aku tak tahu apa lagi boleh aku buat. Aku bacakan Yaasin di telinganya berulang-ulang, biarkan anak kami dipangkuan memeluk-meluk ibunya..

Akhirnya Tuhan menjemputnya kembali. Aku pasrah. Kesedihanku terubat bila kulihat dia pergi dengan tenang. Sempat kuajarkan Syahadah dan dahinya berpeluh jernih. Lalu kukucup buat kali terakhir..

Kini, hampir 5 tahun perkawinan kami, tinggal aku dengan Hafiz, dengan helaian-helaian tulisan terakhir Ara…

Tuah Mohd Bakheet
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...