Paparan Halaman

Ahad, 8 Mei 2011

Mengenal Lelaki Secara Umum.

                                   


Seorang lelaki tidak sama dengan seorang wanita.Lelaki juga tidak akan menjadi wanita dan begitulah sebaliknya. Ramai wanita menganggap bahawa lelaki sukar di fahami ,begitu jugalah pendapat lelaki. Berikut dicatatkan apakah sifat –sifat secara umum di mana banyak antaranya di catat di dalam buku tulisan Bob Berkowitz. Mengenal lelaki secara umum memudahkan kaum wanita memahami lelaki.


Hidup Lelaki Lebih Mudah 
Lelaki lebih mudah hidupnya berbanding wanita .Kerana itu lelaki sukar untuk memahami jika sesuatu
perkara itu di sampaikan dalam bentuk kiasan .Wanita suka mengkias ibarat dan berharap lelaki faham,tetapi lelaki lebih suka jika ianya dijelaskan dengan bahasa yang mudah dan jelas,secara  berterus terang. Sekiranya wanita tidak jelas mengenai sesuatu perkara,tanyalah secara terbuka kepada lelaki.


Bahasa lelaki adalah berlainan 
Lelaki bercakap dengan bahasa yang berlainan .Ini menyebabkan lelaki dan wanita sukar  berkomunikasi antara satu sama lain .Apa yang lahir dari kata-katanya ,jika dia bercakap dengan wanita ,adalah berbeza dari apa yang di lakukannya berbanding dari apa yang di katakanya .Lelaki tidak pandai melahirkan rasa hatinya dalam bentuk kata.


Lelaki suka membisu
Wanita berkebolehan untuk membincangkan sesuatu subjek yang sensitif dan mendukacitakan sebagai
salah satu cara berhadapan dengan realiti tetapi lelaki masih lebih suka untuk menyembunyikan dan membisu.
                       
Lelaki tidak kompleks
Jika terdapat semua tanda yang menunjukan bahawa seseorang lelaki hanya mahu wanita
menjaganya,mengemas rumah,menyediakan makanan untuknya dan melakukan jima’ secara kerap dengannya,wanita harus percaya bahawa itulah yang lelaki tersebut mahu.Ini bukan bererti lelaki berfikir secara primitif,tetapi lelaki memang sedemikian .Wanita biasa menganggap lelaki sebagai kompleks ,tetapi sebenarnya kehendak lelaki adalah mudah.
                      
Jangan paksa lelaki
Bila wanita mendesak lelaki agar mendedahkan perasaanya ,mungkin lelaki itu akan mendedahkan
sesuatu yang wanita itu tidak suka mendengarnya .Maka adalah lebih baik jangan bertanya dan menyelidik hingga ke akar umbi .Lebih baik bagi wanita membaca bahasa badan lelaki ,matanya,atau perubahan corak perlakuanya .Jika dia pada kebiasaanya suka membaca tidak melakukannya,mungkin pada ketika itu fikiranya sedang kacau.


Lelaki berahsia dengan lelaki lain
Tidak sebagai mana wanita yang lebih mudah untuk bercakap dengan wanita lain mengenai masalah ,harapan dan kebimbangan yang amat rahsia dan peribadi,adalah sukar bagi lelaki untuk menjadi mesra secara verbal sedemikian rupa.Untuk melakukannya ,lelaki memerlukan kekuatan dan keberanian yang tinggi.
                       
Lelaki pentingkan kejujuran
Jika lelaki tahu bahawa isterinya suka bercerita pada wanita lain tentang dirinya ,besar kemungkinan lelaki itu tidak akan bercerita lagi secara mesra mengenai hal-hal rahsia kepada isterinya.Kejujuran adalah penting bagi lelaki .Dia mahukan isterinya menyimpan rahsia –rahsia rumahtangga.
                       
Lelaki tidak suka di kritik
Jangan mengkritik lelaki ,melainkan jika anda bersedia untuk bertikam lidah dengannya.Lelaki tidak
begitu terbuka untuk menerima kritikan .Mengkritik di belakangnya , contohnya saudara atau kawannya ,mungkin dapat mengelakan konfrantasi serta merta tetapi dia akan berasa marah juga apabila perkara
tersebut di sampaikan kepadanya .Cara yang baik untuk mengkritik lelaki ialah dengan berjenaka dan dgn lembut .Cara lelaki mengkritik adalah berlainan ,dan ia jarang di lakukan olah lelaki .Bila  mahu mengkritik lelaki ,elok jika kritikan itu di gabungkan dengan sedikit pujian .
                       
Lelaki juga mahukan sokongan
Bila lelaki menghadapi masalah dan mengadu pada wanita ,wanita harus memberitahu lelaki itu bahawa dia masih diperlukan .Lelaki mahukan keselesaan perasaan ,sokongan serta kata-kata "Saya cintakan abang.." dan ‘Tidak kira apa yang terjadi ,saya tetap bersama abang..’


Lelaki dan ego 
Ramai lelaki menunjukkan egonya di dua masa.Pertama di dalam kerja ,dan kedua di atas ranjang. Ini
biasanya menyebabkan wanita menjadi bosan .Tetapi sebaik- baiknya wanita patut mempertingkatkan ego suaminya. Wanita yang menyemarakkan api cinta akan menikmati kehangatan api cinta itu.Lelaki mahu wanita memberitahu bahwa sumbangnya diiktiraf dan di nilai .Jika anda tidak menyatakan kepadanya, siapa lagi. Jika anda mempertingkatkan ego lelaki ,ia membuatkan lelaki merasa senang dan setiap orang di sekelilingnya akan mendapat feadah ,terutamanya yang di cintainya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...