Paparan Halaman

Jumaat, 6 Mei 2011

Disana Menanti Disini Menunggu - Aku dah kawin!!

                             
Aku dah kahwin sekarang. Bini aku memang baik sangat-sangat. Tapi dia tak seperti yang aku expect masa kami belum kahwin dulu. Masa belum kahwin, aku tengok dia memang sorang yang pendiam je, jarang gile cakap dengan laki. Member-member memang puji la cara dia. So memang susah jugak aku nak cuba tegur dia masa tu.. segan dowh. Memang obvious lah kalau aku tegur. Tapi aku suka dia macam tu, so takde la cemburu sangat sebab dia jarang borak-borak dengan laki.

Cantik? Memang la, kalau tak aku comfirm tak sangkut punya. Haha. Cantik pada mata aku la. Member-member pun ade yang cuba usha. Sori le dia nak layan. Haha. Memang market. Last-last aku yang dapat, memang rasa bangga giler. Hehe. Eh, dok ngumpat-ngumpat pasal dia, lupa lak nak kasi tau nama. Nama panggilan dia Ara. Nama betul dirahsiakan. Hoho..

Aku usha cara yang elok-elok la, pergi jumpa bapak dia dulu. Gentlemen beb! Slow talk dengan bapak dia. Err, bapak dia nama Marzuki. Bapak dia ni jenis sound direct rupanya. Pergh, memang kena kutuk kaw-kaw la gua. Sebabnya, bila dia tanya kenal tak anak dia? Gua cakap tak sangat. Bapak dia tanya lagi, kenapa nak kahwin dengan anak dia? Gua cakap sebab minat. Minat sebab apa? Gua cakap tak tau.. Habis kalu tak dapat anak dia? Gua cakap nak jugak! Bapak dia sound la, “ko ni, camne ko nak kahwin dengan orang yang ko tak kenal? Gua jawab, lepas kahwin la saya kenal dia pak cik.. pastu sengih-sengih.. pastu bapak dia diam.

Masa tu rasa down gile. Bapak dia cam tolak mentah-mentah je proposal aku. Ke dia saja nak uji kehebatan cinta aku?? Huhu. Time tu aku dah terfikir nak usha calon lain je. Aku memang ada lagi sorang yang aku suka. Haa yang ni gua memang kamceng giler. Yang ni pulak nama dia Ika. Gua memang serasilah dengan minah ni. Haha.. Tapi last-last orang lain gak yang gua pinang.

Hari keputusan proposal aku akhirnya tiba. Keputusannya.. jeng, jeng, jeng….. tak seperti yang aku jangka. Haha. Aku ingat kena reject, satgi family diorang terima. Warghh happy giler. Alhamdulillah. So, memang sah la takde jodoh aku ngan Ika. Time aku bagitau Ika aku nak kawin, dia accept je. Kejam gile aku. Dia kata semoga aku bahagia. Lepas tu kami dah tak jumpa.

Lepas akad nikah, kompemlah aku sebagai laki Ara. Happynya aku Tuhan saje yang tau. Kat rumah Ara macam biasa, cool je. Tapi cool semacam la pulak. Sepatah aku tanya, setengah patah dia jawab. Kalau aku tak buka mulut, memang tak berbunyilah rumah kitorang.

Ara taklah ‘bisu’ sangat. Kadang-kadang dia bersuara gak. Tapi bagi aku yang jenis suka cakap banyak ni, Ara bukan jenis yang boleh bawak borak sangat. Bila aku cakap pasal something, dia macam blur. Macam tak supportive sangat. At last aku dah malas nak borak.. oh boringnya. Yang dia tahu cuma tunjuk baris gigi dia je. Sengih. Macam yang aku buat kat bapak dia dulu. Psycho seyh..

Nak jadik lagi tensen, aku ni jenis perokok sederhana tegar gak la. Tapi bini aku pulak memang cam fobia gile dengan asap rokok. Bau nafas aku yang bersisa rokok pon, dia mesti batuk. Tak bau rokok pun dia dah selalu batuk. Uhuk3 gitu.. Sebab sayang bini, makin lama makin kurang aku merokok. Kalau gian sangat pun aku merokok time kat ofis je.

Bini aku kerja hospital, bahagian ubat-ubatan. Aku lak tak boleh bau ubat, mesti pening kelapa. Hari-hari aku yang hantar, ambik dia gi hospital. Time ambik dia balik, memang hari-hari lah baju dia bau ubat dalam kereta. So aku akan selalu bukak tingkap, nyaman sket..

Ada satu hari tu, masa hujan lebat. Tak leh bukak tingkap kereta, aku dah memang pening-pening lalat dah. Bau ubat. Dengan poor visibility lg, kami accident! Langgar bontot kereta orang depan. Kat hospital, doktor kata bini aku keguguran akibat kemalangan tu. Hah?? Rupanya dia mengandung dua bulan.. Ara sendiri pon tak tahu.. Ya Allah!!

Lepas kejadian tu aku terus suruh Ara berhenti kerja. Duduk rumah je. Aku dah korbankan rokok aku, so dia kena korbankan kerja dia. Aku dah tak tahan bau ubat!! Aku sorang kerja dah cukup sara hidup kami!

Dekat setahun kami kawin, Ika tiba-tiba datang, dia kata masih sayang kat aku, nak aku ambik dia jadi bini no. 2. Dia sanggup.

Alamak ni dah angau betul. Padahal aku baru je kawin. Mungkin Ika yakin yang kami sangat serasi dan saling memahami, so dia berani propose kat aku. Then aku terus terang je la, aku cakap kat dia, yes aku memang tak kamceng mane ngan bini aku sekarang dan banyak benda yang kami takde persamaan. Ara memang tak banyak bercakap. Kalau aku cuba buat lawak, dia macam tak dapat tangkap je. Sedih tol. Tak pandai nak borak. Kalau jumpa member-member aku lagi le dia sunyi sepi. Dah la hari-hari dia suka masak benda yang sama je. Jarang la dapat makan yang lain siket. Kecuali makan luar. Itu pun dia akan order benda sama je. Haha macam tu la bini aku. Lucu lak.

Tapi kami masih cuba memahami hati budi masing-masing. Aku cuba biasakan diri dengan bau ubat-ubat kat baju-baju Ara dulu, cuba berhenti merokok waktu awal-awal kahwin dulu. Ara plak dah tak kerja, dah cuba belajar masak benda-benda lain (tapi jarang la menjadi). Aku bagitau Ika, rumah tangga kami bahagia. Aku tak boleh menduakan dia. Aku memang sayangkan dia. Ika terpaksa terima hakikat tu. Itu memang last kami jumpa.

Kini, kami dapat rezeki seorang anak, dah besar, dekat 4 tahun la. Tapi dah pandai mengaji sikit-sikit. Semua berkat kerajinan bini aku. Bab-bab agama, mengaji semua dia memang bagus. Anak aku Hafiz, memang dia train elok-elok ngaji al-Quran. Alhamdulillah, semoga esok-esok dia jadi anak yang soleh. Bagi aku itu la investment yang sangat-sangat menguntungkan!

Tapi sebenarnya dalam tempoh tu, kami tak seperti pasangan yang lain. Makin hari aku makin bosan dengan rumah tangga kami. Ara memang suka menyepi, jarang borak panjang-panjang. Aku pulak suka keluar lepak dengan kawan-kawan. Makin lama makin jarang aku duduk rumah. Lewat malam baru balik, bini dah tidur. Esoknya pagi-pagi aku dah kena pergi kerja. Dalam tempoh tu jugak, aku sebenarnya asyik keluar dengan sorang ofismate aku. Nama dia Lisa. Budak baru kat ofis aku. Berbekalkan muka yang agak ada market ni, dia macam sangkut lak kat aku. So dialah yang selalu aku ajak keluar malam, teman aku borak-borak, kadang-kadang sampai pagi!

Aku sedar aku seolah-olah mempergunakan dia untuk hiburkan hati aku. Teringin nak kahwin dengan dia, takut kecik hati si Ara pulak. Dengan Lisa la tempat aku luahkan perasaan, kadang-adang gaduh, kadang dia tercarut-carut siap kat aku. Pastu minta maaf, dia kata tersasul. Tapi aku memang terhibur bila duk ngan Lisa. Bini aku kat rumah, dengan anak aku jarang sangat aku luangkan masa.

Ara sedar akan perubahan aku dari hari ke hari. Dia mula sedar aku ada perempuan lain. Satu hari dia bagitau, dia izinkan kalu aku nak kahwin lagi, tapi mesti dengan wanita yang elok-elok, sebab dia tak mahu pelajaran Hafiz terganggu. Aku pelik, apa kaitannya??

Dan aku terfikir, Lisa tu wanita yang elok ke? Pakaian hari-hari kompem ketat, make up kat muka 2 inci macam tak boleh kena air, tak ambik air semayang ke? Tak semayang ke? Ke cuti sepanjang tahun?!

So aku postpone dulu hajat nak kahwin ngan Lisa. Terfikir lepas kahwin boleh nasihat kot sikit-sikit, tapi time bercinta pun asyik lawan ape aku cakap. So sad!..

Ketika perkahwinan aku dengan Ara mencecah 4 tahun dulu, rumahtangga kami ditimpa dugaan yang maha besar. Ara mula jatuh sakit, batuk dia makin teruk, akhirnya masuk hospital. Dan saat itulah baru aku diberitahu, Ara mengidap penyakit barah tekak. Ya Allah!!

Doktor bagitau, Ara dah lama senarnya kena barah tu, penyakit yang akan buat dia selalu batuk, dan terpaksa menahan sakit bila bercakap! Aku rasa bagai kena tusuk dengan anak panah yang tumpul bila dengar benda tu!! Patut la Ara jarang sangat bercakap. Kenapa dia tak bagitau aku??

Doktor tu cakap lagi, penyakit tu makin lama makin teruk, dan bagi effect kat jantung. Sebab pernafasan dia selalu kurang dari sepatutnya. Jantung jadi lemah. So itulah yang menyebabkan Ara jatuh sakit. Jantung dia sekarang makin rosak akibat barah tu.

Jadi camne dia boleh ajar anak aku mengaji? Doktor tu bagitau, memang ada ubat untuk diminum sebagai pelincir dalam tekak. Tapi hanya kurangkan rasa sakit, dan ia bertahan kejap je. Tapi Ara tak boleh selalu minum sebab ubat tu sangat mahal!!

Aku buntu..

Masa itulah baru aku terfikir, kami tak penah bertikah lidah, tak pernah gaduh. Mungkin itu hikmah dia. Tapi aku tak sedar selama ni. Aku asyik tinggalkan dia, bergembira dengan perempuan lain. Dia pula sanggup tanggung derita setiap kali perlu menjawab pertanyaan aku. Dan tak pernah luahkan derita kat aku.

Jantung Ara dah lemah sangat, doktor kata mungkin Ara tak dapat bertahan lama. Aku menangis depan doktor tu puas-puas, walaupun doktor perempuan. Aku dah tak kisah. Aku menyesal dengan cara aku layan Ara selama ni.

Dia dah bagi aku macam-macam, jaga makan minum, pakaian aku, ajar anak kami mengaji, memang tak pernah lawan apa aku cakap, apa aku suruh. Aku suruh dia berhenti kerja dulu, dia ikut. Walaupun kat rumah dia tetap baca buku pasal ubat-ubatan! Dia minat sangat dengan kerja dia. Maafkan abang Ara..

Bila balik rumah nak mandi kejap, aku sempat tengok balik kenangan-kenangan kami. Aku belek-belek, terjumpa kotak hantaran masa kami kahwin dulu. Ada satu kotak jam, jam yang aku pakai sekarang. Aku terkejut bila ada sehelai kertas dalam tu. Mula-mula ingat kertas resit, tapi rupanya sepucuk surat!

1 Julai 2007,


Buat suami yang baru ku punya,
Terima kasih kerana menawarkan cintamu,
Yang ku tunggu-tunggu sejak kita mula bertemu dulu,
Ara memang cinta padamu,
Dan Ara menangis bila abang melamarku


Buat suamiku yang baru ku punya,
Luaranku mungkin nampak sempurna,
Luaranku mungkin ramai yang terpesona,
Tapi diriku bukanlah sesempurna abang sangka,
Kerna suaraku bukan kepunyaan kita


Buat suamiku yang baru ku punya,
Andai abang ingin melihat Ara ketawa,
Ara hanya mampu tersenyum pada abang,
Andai abang mahu Ara berjenaka,
Mungkin Ara kan menangis di bahu abang,
Kerana Ara tak mampu berbica,
Seperti orang lain berbicara,
Kerana Ara tak mampu ketawa,
Seperti orang lain ketawa


Jika membaca surat ini akan meleburkan cinta abang,
Ara pasrah dan relakan abang menjauhi,
Jika membaca surat ini Ara tetap di hati abang,
Ara sujud sejuta syukur pada Ilahi..


Yang benar,


Isteri yang menyanjungmu.

*Ara selitkan surat ini dalam kotak jam abang, semoga abang mudah terlihat surat ini..

Berderai lagi airmata jantan aku. Kenapa aku tak terbaca surat ni 4 tahun dulu? Kenapa aku tak tahu penderitaan Ara awal-awal dulu? Kenapa baru sekarang? 4 tahun usia perkahwinan kami, Ara beri aku segala-galanya dan paling penting dia bagi seorang anak yang comel dan bijak. Tapi apa yang pernah aku beri kat Ara?

Mulai saat tu aku jaga Ara sepenuh hati. Hari-hari memang kerja ulang-alik hospital. Masuk ofis pon kejap-kejap. Anak aku bagi kakak Ara yang jaga. Masa tu aku dah serabai giler. Sangat tak terurus. Baru aku sedar pentingnya Ara dalam hidup aku.

Dalam keadaan Ara yang agak lemah, aku minta kebenaran doktor untuk bawa dia melancong. Aku nak temani dia puas-puas. Aku nak bahagiakan dia dalam sisa-sisa hayat dia. Biar dia terlupa akan derita dia. Saat itu dia menangis kat bahu aku. Sejak dia sakit kami hanya berbalas tulisan kat kertas dan kertas-kertas tu aku kan simpan sampai bila-bila.

Dia tulis dia tak menyesal kahwin dengan aku. Dia tulis sangat bahagia hidup dengan aku. Siap cuba lukis gambar orang senyum. Ya Allah hari-hari itu kami sangat bahagia. Namun Ara dah makin lemah. Aku dah tak mampu tengok dia derita. Setiap kali dia nak tarik nafas, sangatlah azab pada aku melihatnya.

“Ya Allah, jika Kau masih panjangkan hayat isteriku, Kau berilah aku separuh kesengsaraannya, biar kurang kesensaraannya Ya Allah.. Tapi jika hanya kematian yang dapat mematikan sengsara isteriku, aku redha Ya Allah..”

Aku tak tahu apa lagi boleh aku buat. Aku bacakan Yaasin di telinganya berulang-ulang, biarkan anak kami dipangkuan memeluk-meluk ibunya..

Akhirnya Tuhan menjemputnya kembali. Aku pasrah. Kesedihanku terubat bila kulihat dia pergi dengan tenang. Sempat kuajarkan Syahadah dan dahinya berpeluh jernih. Lalu kukucup buat kali terakhir..

Kini, hampir 5 tahun perkawinan kami, tinggal aku dengan Hafiz, dengan helaian-helaian tulisan terakhir Ara…

Tuah Mohd Bakheet

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...